Struktur

Senin, 15 Agustus 2011

Cinta Sejati

Cinta artinya penghambaan orang yang mencintai kepada yang dicintai.Cinta yang tulus mengharuskan penunggalan sang kekasih,tidak menciptakan persekutuan antara dirinya dengan yang lainnya dalam kecintaannya itu.Namun bagaimanakah dapat kita bahagikan cinta di dalam diri yang lemah ini agar tidak termasuk di dalam golongan yang di firmankan oleh Allah di dalam surah Al-Baqaroh ayat : 165



ّّDan di antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah.Mereka mencintaiNya sebagaimana mereka mencintai Allah .Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.``

Mereka mencintai anak dan isteri lebih daripada sang kekasih yang termulia yang telah mencipta dan mengurniakan segala rahmatNya kepadanya . Di dalam kehidupan yang serba moden dan dipenuhi dengan kemudahan, manusia terlalu sibuk mengejar kekasih lain, seperti harta dan pangkat yang hanya merupakan tipu daya kehidupan yang fana.Lipatan sejarah telah membuktikan kepada kita akan perlunya kasih itu ditujukan kepada Allah Contohnya , tatkala Nabi Ibrahim alaihissalam dikurniakan dengan anaknya Ismail alaihissalam dan cinta beliau sudah mula untuk condong kepada anaknya maka Allah s.w.t telah memerintahkan kepadanya agar menyembelih anaknya untuk membuktikan pengorbanan yang sejati kepada sang kekasih yang tunggal.Sesungguhnya kemanisan iman itu tidak akan dirasakan kecuali dengan ditujukan segala jiwa dan raga











kepada sang kekasih yang setia menunggu sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :



``Tidak akan mendapat manisnya iman kecuali orang yang pada dirinya terdapat tiga perkara iaitu : Hendaklah Allah dan RasulNya lebih dia cintai daripada cintanya kepada selain keduanya,hendaklah seseorang mencintai orang yang lain tidak lain hanya semata-mata untuk Allah,dan dia tidak suka dikembalikan kepada kekufuran setelah Allah telah menyelamatkannya daripada kekufuran itu,sebagaimana dia tidak suka untuk dilemparkan ke dalam api neraka.``



Pada terbitan ini akan kami ketengahkan jenis cinta dari sudut pandangan seorang `ulama yang masyhur iaitu Imam Ibnu Qayyim AlJauziyyah agar kita dapat mengenal pasti akan cinta yang bahaya.

Di antara jenis cinta itu ialah:



1)Cinta kepada Allah.Tapi cinta sekadar ini tidak cukup untuk menyelamatkan seseorang itu daripada siksa api neraka.



2)Mencintai apa yang dicintai oleh Allah.Cinta inilah yang memasukkan seseorang ke dalam Islam dan mengeluarkannya daripada kekufuran.



3)Cinta kerana Allah dan bagi Allah.Ini termasuk keharusan mancintai apa yang dicintai Allah dan mencintai apa yang dicintai Allah tidak akan lurus kecuali dengan cinta ini.



4)Cinta sesuatu dan menyamakan cintanya itu dengan Allah.Ini ialah merupakan cinta yang berbau syirik.



5)Cinta yang berbentuk naluri di dalam jiwa manusia.





Cinta yang sedemikian tidak tercela selagi ia tidak melalaikan kita daripada dzikir Allah.

0 komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More